- Apakah perbezaan kursus yang ditawarkan oleh ILIM dengan Institut Latihan Awam yang lain?
ILIM lebih memfokuskan kursus yang berkaitan dengan asas agama dan pengetahuan am.
- Bahagian manakah yang bertanggungjawab menganjurkan program dan aktiviti latihan di ILIM?
Bahagian Latihan ILIM mempunyai tujuh pusat yang bertanggungjawab sepenuhnya menganjurkan program dan aktiviti latihan iaitu:
- Pusat Bahasa (PB)
- Pusat Pengajian Sains Dakwah (PPSD)
- Pusat Pengurusan dan Undang-undang Islam (PPUI)
- Pusat al-Quran dan Ilmu Teras (PQIT)
- Pusat Ekonomi dan Kewangan Islam (PEKI)
- Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI)
- Pusat Teknologi Maklumat (PTM)
- Siapakah yang layak menyertai kursus anjuran ILIM?
Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dari agensi agama Islam seluruh Malaysia iaitu:
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)
- Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)
- Jabatan Mufti Negeri (JMN)
- Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)
ILIM juga menerima permohonan daripada pegawai pelbagai jabatan kerajaan yang berminat.
- Bagaimanakah prosedur permohonan kursus anjuran ILIM?
Berikut adalah prosedur permohonan kursus:
- ILIM akan menganjurkan kursus berdasarkan perancangan tahunan dalam Program Latihan ILIM. Pada setiap awal bulan, ILIM akan mengeluarkan surat tawaran kursus kepada agensi agama Islam seluruh Malaysia dan agensi yang berkaitan.
- Pegawai dari pelbagai jabatan kerajaan yang berminat perlu memohon melalui Ketua Jabatan dan dialamatkan kepada Pengarah ILIM.
- Mulai pertengahan tahun 2008, Borang Permohonan Kursus dapat dicapai melalui website ILIM, www.islam.gov.my/ilim. Permohonan yang lengkap perlu difaks ke talian 03-8922 2690 untuk tindakan lanjut.
- Bolehkah permohonan kursus dibuat secara online?
Buat masa sekarang ILIM belum bersedia menerima permohonan kursus secara online.
- Adakah kursus anjuran ILIM dikenakan sebarang bayaran?
Kursus anjuran ILIM adalah percuma kepada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dari agensi agama Islam seluruh Malaysia.
- Berapa tempoh kursus anjuran ILIM?
Kursus jangka pendek anjuran ILIM mengambil masa antara tiga hingga lima hari. Manakala kursus jangka panjang mengambil masa antara dua hingga empat minggu.
- Adakah pihak ILIM menyediakan kemudahan penginapan dan makan/minum kepada peserta kursus?
Kursus anjuran ILIM lengkap dengan pakej penginapan dan makan/minum.
- Apakah kemudahan lain yang disediakan oleh ILIM?
- Surau
- Perpustakaan
- Dewan/bilik kuliah berhawa dingin
- Auditorium
- Makmal multimedia
- Padang bola sepak
- Padang sepak takraw
- Padang bola jaring
- Kedai runcit
- Kafeteria
- Adakah tenaga pensyarah/penceramah/fasilitator ILIM dari dalam atau luar?
Kepakaran pegawai ILIM dalam bidang latihan adalah terhad. Oleh itu, ILIM menjalin kerjasama dengan agensi berikut untuk mendapatkan tenaga pensyarah/penceramah/fasilitator:
- JAKIM
- Institut Tadbiran Awan Negara (INTAN)
- Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
- Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
- Tenaga profesional dari orang perseorangan
- Bagaimanakah tenaga pensyarah/penceramah/fasilitator luar dapat memberi sumbangan bakti dalam bidang kemahiran dan kepakaran yang diperlukan oleh ILIM?
ILIM sentiasa membuka ruang dan peluang kepada tenaga pensyarah/penceramah/fasilitator luar yang berminat. Setiap permohonan perlu dialamatkan kepada Pengarah ILIM.
|
|
Last Updated ( Jan 06, 2009 at 04:33 PM )
|