LAMAN UTAMA arrow Arkib Berita arrow Berita arrow SAMBUTAN HARI KELUARGA ILIM DI MELAKA MERIAH
Print E-mail
SAMBUTAN HARI KELUARGA ILIM DI MELAKA MERIAH
 
DSC_0536
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Kelab Kebajikan Warga ILIM telah menganjurkan Sambutan Hari Keluarga Institut Latihan Islam Malaysia 2010 pada 10 dan 11 Julai 2010 yang lalu bertempat di K.M. Chalet, Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka.
Program ini telah disertai kira-kira 41 keluarga iaitu seramai 180 orang pegawai dan kakitangan termasuk keluarga masing-masing .
 
Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan kakitangan yang telah banyak membantu program di ILIM serta menghargai komitmen yang tidak berbelah bagi oleh para kakitangan serta ahli keluarga masing-masing. Sehubungan itu, dengan berlangsungnya Hari Keluarga ini, maka hasrat murni dalam mengeratkan serta mengukuhkan silaturrahim sesama keluarga tercapai.

Aturcara bermula dengan sesi pendaftaran oleh ahli kelab kebajikan serta ahli keluarga yang mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan. Acara sukaneka bermula dengan membabitkan penyertaan daripada anak-anak kakitangan ILIM yang cukup meriah dengan gelagat para ibubapa yang memberi sokongan dan sorakan.

Acara bagi kanak-kanak dimulakan dengan acara tiup belon, bawa bola ping pong dengan sudu, isi air dalam botol, lari dalam guni dan musical chair. Pelbagai acara menarik yang berlangsung selama 2 hari di KM Chalet telah menggamit kenangan manis kerana ianya turut melibatkan penyertaan semua ahli keluarga melalui pertandingan seperti membina istana pasir dan tarik tali lelaki dan wanita. Turut diadakan pertandingan bola pantai lelaki ,bola tampar wanita, musical chair dewasa lelaki dan wanita, pertandingan terompah gergasi serta lari berpasangan.

Pada malam kemuncak, acara perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah ILIM, Tuan Haji Paimuzi bin Yahya. Pada malam tersebut Pengarah ILIM telah menyampaikan hadiah penyertaan kepada setiap ahli Hari Keluarga yang hadir serta penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukaneka. Turut berlangsung dengan meriahnya iaitu acara bertukar-tukar hadiah yang dibawa oleh keluarga masing-masing serta penyampaian hadiah cabutan bertuah. Turut diadakan pada malam itu, penyampaian hadiah kepada anak-anak kakitangan ILIM yang cemerlang dalam peperiksaan sebagai penghargaan serta galakan agar terus cemerlang yang disumbangkan oleh Kelab Kebajikan. Seterusnya, acara makan malam telah berlangsung dalam suasana yang mesra serta berkumpul seisi keluarga sambil menghirup udara malam yang segar di tepi pantai.

Pada hari terakhir, penyampaian hadiah pertandingan telah diadakan dan Penutupan Hari Keluarga telah disempurnakan oleh Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia. Dalam ucapannya beliau menyeru semua kakitangan ILIM memberi khidmat terbaik kepada jabatan bagi merealisasikan misi ILIM menjadi sebuah institusi latihan Islam yang bertaraf global. Beliau juga menyeru agar semua ahli keluarga memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasangan yang berkhidmat di ILIM agar dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada jabatan. Pada petang tersebut, para peserta membawa pulang pelbagai kenangan manis serta pelbagai hadiah-hadiah yang menarik hasil kemenangan dan penyertaan dalam acara Hari Keluarga ILIM 2010.
 
berita3 
 Kumpulan yang menjuarai acara tarik tali wanita
 
 
DSC_0385
 Acara larian tempurung kanak-kanak
 
 
DSC_0551
Acara lari berpasangan menggamatkan suasana 
 
DSC_0586
Juri sedang memberi penilaian markah istana pasir 
 
berita2 
Perlawanan bola sepak pantai lelaki 
 
berita4
Acara lari terompah gergasi mendapat sambutan hangat dari semua ahli 
 
berita1
Penerima sumbangan anugerah anak-anak kakitangan cemerlang 
 
Last Updated ( Jul 16, 2010 at 03:07 PM )

 
buletin1_10
 
 
jurnal