LAMAN UTAMA arrow Arkib Berita arrow Berita arrow ILIM BERI KERJASAMA DALAM TRANFORMASI KOLEJ KOMUNITI
Print E-mail
ILIM BERI KERJASAMA DALAM TRANFORMASI KOLEJ KOMUNITI
 
komuniti
Sempena program transformasi yang dilancarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk membangunkan kokurikulum Sijil Modular Kebangsaan Kolej Komuniti bagi Modul Pengajian Islam, Institut Latihan Islam Malaysia telah menerima lawatan kerja dari 4 orang panel penggubal sukatan modul untuk program tersebut.
 
Kunjungan sulung yang diadakan pada 14 Julai 2010 telah diketuai oleh Drs. Anuar bin Ralip, pensyarah dari Kolej Komuniti Bentong. Turut hadir iaitu En. Nazeri bin Abdul Ghani , pensyarah Kolej Komuniti Jempol, En. Mohd Zaki bin Abd. Kadir, pensyarah Kolej Komuniti Kuantan dan En. Kamaruzaman bin Mohamad , pensyarah Kolej Komuniti Hulu Selangor. Pertemuan telah diadakan di bilik mesyuarat bersama semua barisan Ketua Penlong Pengarah serta pegawai kanan dan dipengerusikan oleh Pengarah ILIM, Tuan Hj. Paimuzi bin Yahya.

Perbincangan dimulakan dengan taklimat oleh En. Nazeri bin Abdul Ghani dari Kolej Komuniti Jempol berkaitan program Sijil pengajian Islam yang dihasratkan agar dapat melayakkan pelajar memperolehi pekerjaan dengan sijil tersebut. Sehubungan itu pihak Kolej Komuniti meminta sumbangan pandangan dan perkongsian maklumat agar dapat menilaitambah kerangka idea dalam merealisasikan impian program transformasi tersebut.

Hasil perbincangan yang berlangsung selama 2 jam itu, Program Sijil Pengajian Islam di Kolej Komuniti amat dipersetujui dan wajar dibangunkan kerana ianya akan membantu institusi Islam yang lain dalam menarik minat komuniti Islam agar memilih lapangan agama sebagai satu cabang kerja serta kemahiran yang juga merupakan fardhu kifayah.

ILIM menyokong penuh hasrat Kolej Komuniti untuk melahirkan pelajar yang celik agama dan akan memberi kerjasama dengan mengadakan kursus-kursus tertentu untuk membantu hasrat tersebut.

komuniti1

 komuniti2

komuniti3

komuniti4

Last Updated ( Jul 16, 2010 at 03:29 PM )

 
buletin1_10
 
 
jurnal