|
| Perkhidmatan Dalam Talian | ||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
| Pautan | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|
|
|
|
Arkib Berita
Berita
PELAJARI BAHASA ISYARAT DALAM MASA 4 HARI
|
|
|
PELAJARI BAHASA ISYARAT DALAM MASA 4 HARI
Peserta bukan OKU tetapi berminat untuk memdalami bahasa isyarat wajar dipuji kerana ianya melambangkan kesungguhan penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga OKU. Paling membanggakan, Institut Latihan Islam Malaysia telah menganjurkan Kursus Bahasa Isyarat ini dalam tempoh 4 hari dan para peserta dapat menguasai bahasa tersebut dengan mudah. Pengarah mengakui dalam ucapannya mengkagumi kesungguhan semua peserta yang mengikuti kursus ini serta yakin ilmu yang dikutip dapat membantu komunikasi mereka ketika berurusan dengan pelanggan OKU. Kursus anjuran Pusat Bahasa ini telah mengundang fasilitator daripada Persatuan Orang Pekak Malaysia (MFD) iaitu Puan Sariah binti Ibrahim, Encik Fakhrul Azman, Cik Nur Zahirah serta jurubahasa Bahasa Isyarat, Puan Hafeda. Kursus yang menarik ini akan disambung untuk siri ke 2 pada tahun depan. Pengarah dalam amanatnya berharap agar peserta yang menghadiri kursus ini sentiasa mengamalkan dan memelihara ilmu bahasa isyarat dengan baik dan diharapkan ianya berkekalan untuk masa-masa yang akan datang.
|
|||