LAMAN UTAMA arrow Arkib Berita arrow Berita arrow ILIM HIJAUKAN BUMI
Print E-mail
ILIM HIJAUKAN BUMI
 
hijau Pada 23 Julai 2010 (Jumaat), Jawatankuasa Keceriaan, Institut Latihan Islam Malaysia telah menganjurkan satu program yang cukup menarik iaitu Hari ILIM Hijau 2010. Program bermula jam 3.00 petang di Auditorium al-Ghazali telah dihadiri oleh seluruh warga ILIM. Program ini diadakan bersempena idea Projek IDD (ILIM Dalam Dusun) yang diilhamkan oleh YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Jakim.
 
Objektif utama penganjuran Hari ILIM Hijau 2010 adalah untuk menimbulkan rasa prihatin warga ILIM tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan penanaman pokok buah-buahan di sekitar ILIM. Setiap warga ILIM telah diagihkan sekurang-kurangnya 2 jenis pokok buah sebagai pokok angkat untuk dipelihara sepenuhnya sehingga mengeluarkan hasil.

Program yang bertemakan ”Hijaukan Bumi Tuhan” telah mengundang dua orang pegawai dari Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia untuk berkongsi ilmu dan panduan tentang ”Praktis Penjagaan Pokok Buahan Berkesan”. En. Kamarul Zaidi Abd. Ghani bersama En. Norhaimanshah Ismail telah menunjukkan cara dan teknik penjagaan pokok buah secara berkesan melalui ceramah dan latihan praktikal.

Kemuncak acara program ini ialah, berlangsungnya acara menanam 3 jenis anak pokok buah oleh YBhg. Dato’ Hj. Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jakim pada 24 Julai 2010 (Sabtu). Turut hadir meraikan acara tersebut ialah YBhg. Tuan Haji Abd. Halid b. Sintol, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) dan Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah ILIM.

Penganjuran program seumpama ini diharap dapat menjadi pencetus minat kepada warga ILIM untuk memelihara persekitaran ILIM agar berhawa nyaman dan mendamaikan. Di samping itu, warga ILIM kini mampu memiliki pokok tanaman sendiri dan bakal merasai hasil tanaman masing-masing kelak secara percuma. Setakat ini sebanyak 400 anak pokok yang melibatkan 50 jenis pokok berbuah telah ditanam di sekitar kawasan ILIM yang berkeluasan 31 ekar.

hijau1 

 

 

 

 


 
buletin1_10
 
 
jurnal