LAMAN UTAMA arrow Maklumat Korporat
Maklumat Korporat Print E-mail
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) merupakan institut yang bertanggungjawab menyediakan kursus, seminar dan latihan kepada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dari agensi agama Islam seluruh Malaysia. Walaubagaimanapun, tawaran juga dibuka kepada pegawai dan kakitangan dari pelbagai jabatan kerajaan yang berminat. Selaras dengan permintaan dan keperluaan semasa yang kian meningkat dari dalam dan luar negara, satu cawangan baru telah dibuka iaitu ILIM Wilayah Timur yang bertempat di Besut ,Terengganu. ILIM Wilayah Timur mula beroperasi pada 16 Februari 2010 bagi menampung keperluan kursus untuk masyarakat di Pantai Timur , semenanjung Malaysia. Untuk keperluan yang lebih maksimum, satu lagi cawangan institut latihan Islam akan dibina untuk wilayah Utara yang bertempat di Kuala Kangsar, Perak.
 
ILIM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM yang ditubuhkan pada 1997 telah menjalani fasa 1 dan fasa 2 dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung di atas keluasan tanah 31 ekar di Bangi , Selangor.
 
ILIM mempunyai seramai 116 pegawai dan kakitangan. ILIM telah beroperasi dengan kekuatan 7 pusat utama dan masing-masing menganjurkan kursus , seminar , muhadharah serta latihan menarik yang disertai oleh para peserta dari Malaysia dan dari luar Negara.
 
Selaras visi untuk menjadi peneraju latihan Islam bertaraf global, ILIM telah mengadakan pelbagai program antarabangsa dan di peringkat serantau seperti Kursus Profesionalisme Imam Negara Maldives dan Kursus Profesionalisme Imam Negara Serantau yang diadakan setiap tahun.
 
Sejajar dengan pertambahan pelawat dan peserta kursus, ILIM telah mengamalkan Amalan Persekitaran Berkualiti dan telah mendapat Anugerah Amalan Persekitaran Berkualiti oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia pada tahun 2009.
 
Mulai tahun 2010, ILIM menyediakan kursus di peringkat diploma dan sijil tinggi iaitu Diploma Pengurusan Islam, Sijil Tinggi Falak dan Sijil Tinggi Sains Dakwah.
Last Updated ( Apr 13, 2010 at 01:42 PM )

 
buletin1_10
 
 
jurnal