Kajian di dalam buku ini telah menerangkan dengan jelas bahawa ayat-ayat yang terkandung di dalam al-Quran serta as-Sunnah ternyata sangat bersesuaian dengan penemuan sains moden terkini, sehingga menunjukkan adanya kebenaran risalah dan mukjizat yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Buku ini mengandungi beberapa perbahasan penting, di antaranya: 1) Pengantar mengenai pentingnya ilmu dalam Islam 2) Kemukjizatan alam ghaib atau metafizik dalam al-Quran 3) Kemukjizatan dalam sejarah 4) Kemukjizatan syariat Islam dalam Al-Quran 5) Kemukjizatan nombor dalam Al-Quran 6) Kemukjizatan penggambaran dalam Al-Quran 7) Kemukjizatan dalam anatomi dalam diri manusia 8) Kemukjizatan tentang bumi 9) Kemukjizatan dalam bidang astronomi dan angkasa raya 10) Kemukjizatan tentang laut 11) Kemukjizatan pada haiwan dan binatang 12) Kemukjizatan dalam perubatan serta isu-isu lain yang tersebar. |